Saturday, 29 July 2017

sayang? awak pasti?

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدَكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ رَوَاهُ البُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ



Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
Tidaklah sempurna iman salah seorang daripada kamu sehingga kamu menyayangi saudaramu sepertimana kamu menyayangi diri kamu sendiri.
...
Bismillah..
jadi? adakah benar kita sayang sahabat kita sepertimana yang kita akui dari mulut kita sendiri... sebagai contoh . " SAYA SAYANG KAMU KERANA ALLAH.. MOGA PERSAHABATAN KITA KEKAL HINGGA JANNAH"  jika benar-benar kita beramal dengan hadis tersebut.. Masya Allah.. hebat sungguh.. 
bagaimana ye gambarannya? kita sayang sauadara sprti sayang diri kita? camne tu?
contoh: kita tak suka kalau sahabat kita kedekut dengan kita.. sebelum itu, sudah check? kita kedekut tak dengan dia? .. contoh lain. kita paling sakit hati kalau ada yang mengata belakang kita.. betul? jadi, kita pernah berlaku begitu tak? kita pernah mengata belakang tak?
MUHASABAH!
Natijahnya, kita kena muhasabah diri kita.. segala apa yang kita tak suka .. sudah tentu sahabat kita juga tidak suka.. jadi , demikianla maksud hadis tersebut.. segala apa yang kita sayang dengan diri kita pasti kita jaga.. kan? seperti hati.. cuba lihat.. perbuatan apa yang selalunya menyakitkan hati kita? maka jangan sesekali buat perbuatan itu . kerana apa? kerana kita tahu perbuatan itu menyakitkan
mulai hari ini, saat ini.. marila sama-sama kita bersama cuba untuk beramal dengan hadis tersebut.. Insya Allah.
Wallahu A'lam